Monday, June 25, 2012

FAMILI Strategi Anak makan Sayur
























Oleh YEO LI SHIAN
ls.yeo@kosmo.com.my

Satu kelebihan kaedah Jessica adalah ‘menyembunyikan’ sayuran di dalam menu makanan anak dalam bentuk puri.


--------------------------------------------------------------------------------
KEBANYAKAN Kanak-kanak Enggan Mengambil Sayur.

MENOLAK makanan bersayur atau sayuran adalah sebahagian daripada cabaran ibu bapa dalam menyediakan menu makanan si kecil.

Kerenah dan sikap cerewet anak dalam memilih makanan, ada ketikanya boleh membuatkan ibu bapa letih dan pening kepala. Di mana-mana sahaja di dunia misalnya Amerika Syarikat, ibu bapa juga terpaksa berdepan dengan isu yang sama.

Pelbagai kaedah dan ganjaran turut ditawarkan semata-mata untuk mendapatkan anak mengunyah bahan yang dinamakan sayuran ini. Tetapi, hasilnya masih kurang memuaskan.

Seperti juga kebanyakan ibu bapa lain, seorang ibu kepada tiga orang anak, Jessica Seinfeld percaya masalah ini boleh diatasi.





















MENDIDIK anak memakan sayur memerlukan strategi tersendiri.

Jessica yang juga isteri kepada pelawak terkemuka, Jerry Seinfeld, turut berdepan dengan kemelut hidangan antisayuran dalam kalangan anak-anaknya sendiri.

Malah, kata Jessica, menjadi ibu sesungguhnya satu peluang untuk mencabar keupayaan diri dari semasa ke semasa.

Hasil daripada itu, maka berputiklah rahsia penyediaan hidangan yang enak dan bernutrisi untuk anak-anaknya menerusi penghasilan buku sulungnya, Deceptively Delicious.{Read From Original Source....}

1 comment:

devianty said...

nice blog and nice info for healt

Total Pageviews

Chatting

Followers

Table of Contents

Loading...
Widget by Betabloggerfordummies.